Mengalami batuk ,hidung berair serta sakit tekak tetapi tidak demam.
Ada mengalami batuk-batuk ?tidak selesa disebabkan kahak dan sakit tekak ,perlu ke buat saringan coronavirus (covid19)
Kenali simptom-simptom lazim sebelum melakukan pemeriksaan coronavirus antaranya
*demam (lebih daripada 37.5 degree celcius)
*terasa keletihan tanpa sebab
*batuk berulang-ulang
*kering tekak dan sakit tekak
*sakit kepala
*kesukaran bernafas menghembus atau menarik
Keperluan saringan adalah berdasarkan risiko aktiviti sebelum ini seperti ,bertemu dengan pesakit positif coronavirus ,melancong ke negara-negara yang mengalami wabak coronavirus ataupun ada mengadakan perjumpaan beramai-ramai dan ada yang telah di sahkan positif maka ,anda di nasihatkan untuk terus ke KKM untuk membuat pemeriksaan lanjut bagi mengawal penularan wabak coronavirus atau pun covi19 ini.
Jangan biarkan ianya menjangkiti keluarga anda ,cegah ,bertanggungjawab .cegah penularan wabak dengan
*perbanyakkan mencuci tangan menggunakan air dan sabun paling tidak 20 saat terutama selepas menyentuh di kawasan awam
*Hindari menyentuh wajah sebelum mencuci tangan
*Jauhi mendekati pesakit positif atau yang kurang sihat
*Berkurung jika menunjukkan tanda kurang sihat
*tutup mulut semasa bersin atau batuk
Cegah penyakit ini kerana sehingga ke hari ini ,tiada satu vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak coronavirus /covid19 ini.