Jika suhu badan 37.3 celsius, badan lenguh-lenguh ,mata sakit ,sakit perut dengan tiba-tiba dan diarrhea.
perlu ke lakukan saringan Covid19?
Kebimbangan berkaitan covid19 adalah kerisauan semua individu ,jadi kita perlu mengenali simptom dan risiko jangkitan covid19.
Cirit birit merupakan gejala yang amat jarang dan belum dipastikan untuk berlaku jangkitan Covid19.maka keperluan saringan ujian covid19 adalah berdasarkan risiko aktiviti sebelum berlakunya anda mengalami simptom-simptom berkaitan seperti ,pulang dari luar negara ,melancong ,bertemu dengan individu yang disahkan positif covid19 ,bersentuhan di tempat awam atau pulangan dari sesuatu perhimpunan (kenduri ,keramaian).
Cirit-birit yang berlarutan akan menyebabkan pening kepala dan boleh disebabkan oelh pelbagai masalah kesihatan yang lain antaranya ,keracunan makanan ,gastrik ,irritable bowel syndrome ataupun inflammatiry bowel syndrome.
KERACUNAN MAKANAN pengambilan makanan atau minum yang tercemar ,
*makanan yang ditinggalka pada suhu bilik dalam tempoh yang lama
*makanan tidak di masak dengan sempurna
*makanan tidak disimpan dengan baik (makanan mentah disimpan bersama makan yang telah dimasak)
*makanan tidak dinyahbeku dengan sempurna
*makanan disediakan oleh individu yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh tersebar melalui makanan
Gastrik gejala ketidak selesaan perut
*rasa senak ,berangin atau pedih
*rasa kembung
*sendawa berulang kali
*kerap kentut selepas makan
*rasa mual ,loya dan muntah
*hilang selera makan
*Najis hitam dan muntah berdarah(kronik)
irritable bowel syndrome adalah berkaitan gangguan usus besar.Keradangan pada saluran pencernaan
*kembung
*hilang berat badan
*rasa lelah
*rasa mual
*rasa demam
*diare
*sembelit
*rasa sakir perut
Pening dan kering pada bahagiam mulut adalah disebabkan badan yang kurang air berpunca dari cirit-birit yang berlebihan.Amalkan meminum air yang mencukupi bagi mendapat keseimbangan air didalam badan
dapatkan rawatan yang lebih lanjut dengan pakar atau dapatkan senarai tempat rawatan terdekat di hellodoktor.my