PULAU TASMANIA AUSTRALIA
FROM SDYNEY -HOBART (MUSIM PANAS)
itinerari selama 9 hari dengan menggunakan Campervan/RV/Motorhome.
Hari 1
1. Tiba di Hobart Airport (petang) dari Sydney melalui Jetstar Airlines.
2. Boleh Ambil Campervan daripada syarikat Hertz.
3. Shopping barang basah di Woolworths dan masak sendiri bahan-bahan mentah.
4. Bermalam di Sandy Bay berdekatan University of Tasmania.
Hari 2
1. Bertolak ke Bruny Island (Kettering Jetty).
2. Perjalanan feri mengambil masa selama 30 minit dari pulau besar ke Bruny Island.
3. Tarikan: The Neck Lookout, Cheese Testing.
4. Kembali ke pulau besar dan terus menuju ke Royal Tasmanian Botanical Garden.
5. Richmond Bridge, jambatan tertua di Tasmania.
6. Cape Hauy berhampiran Port Arthur. (Full trekking 4 jam pergi balik).
7. Bermalam di Port Arthur Big4 Caravan Park.
Hari 3
1. Bertolak ke Callington Mills.
2. Freycinet National Park yang popular dengan Wineglass Bay.
3. Trekking mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke Wineglass Bay Lookout.
4. Jika mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, digalakkan untuk turun sehingga ke laut Wineglass Bay. Trekking dari Lookout ke Wineglass Bay mengambil masa 2.5 jam (return). Laut di Wineglass Bay boleh mandi tetapi sejuk yang teramat walaupun musim panas.
5. Ada banyak wallabies liar di kawasan parking Freycinet National Park. Dilarang memberi makan kepada mereka,
6. Tarikan: Coles Bay, Sleepy Bay, Muirs Beach.
7. Bermalam di Big4 Caravan Park Freycinet National Park.
Hari 4
1. Bertolak ke mini Blow Hole di Bicheno Beach.
2. Menikmati keindahan Bay of Fires.
3. Ke Launceston, bandar kedua terbesar di Pulau Tasmania selepas Hobart City.
4. Bermalam di suburb berdekatan kawasan Univ of Tasmania kampus Launceston.
5. Menambah stok bekalan di bandar Launceston di Coles dan Woolworths.
Hari 5
1. Bertolak ke Hillwoods Strawberry Farms.
2. Sambil petik sambil makan. Jangan pergi semata-mata makan percuma, sebagai tanda ‘courtesy’, belilah walaupun 1 timba kecil sebagai tanda sokongan terhadap industri mereka. Ada juga gerai yang menjual produk yang sudah diproses serta kafe yang menyediakan pancake berperisa strawberi.
3. Bertolak ke Cataract Gorge.
4. Cataract Gorge adalah satu tempat yang sesuai untuk berkelah. Ada kolam renang besar buatan manusia dan sungai semula jadi dalam satu kawasan. Memang ramai orang datang khususnya pada hari minggu.
5. Haiwan di sini dibiarkan liar tanpa diganggu seperti wallabies, burung merak dan lain-lain.
6. Bertolak ke Devonport. Anda boleh melihat pelabuhan, dan di sini adalah tempat kapal Spirit of Tasmania berlabuh. Kebiasaannya perjalanan dari Melbourne ke Devonport mengambil masa 8 jam dengan menaiki Spirit of Tasmania.
7. Bermalam di Abel Tasman Caravan Park.
Hari 6
1. Bertolak ke Cradle Mountain National Park. Ia merupakan National Park paling popular di Tasmania dan menjadi tempat yang wajib anda kunjungi di Tasmania.
2. Pada penghujung November hingga Disember, National Park ini akan dihiasi Bunga Waratah, simbol bagi negeri New South Wales (Sydney).
3. Tarikan yang terdapat di sini: Dove Lake, Lake Lilla, Snake Hills, Rone Creek
4. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat bertemu Wombat liar kerana National Park ini adalah habitat asalnya.
5. Bermalam di Lake Barrington Campsite.
Hari 7
1. Sunrise di Lake Barrington.
2. Bertolak ke Tasmazia, The Promised Land (25 AUD seorang).
3. Bertolak ke Zeehan Caravan Park.
Hari 8
1. Bertolak ke Lake St Clair, tasik terbesar dan terdalam di Tasmania. Hati-hati kerana ada banyak ular di sini. Papantanda amaran memberitahu hal yang sama turut diletakkan di sini.
2. Seterusnya ke Mount Field National Park.
3. Kembali menuju ke arah Hobart City. Terus ke Mt Wellington atau dalam bahasa Aborigin dipanggil Kunanyi.
4. Kenderaan boleh sampai sehingga ke puncak dan anda dapat melihat bandar Hobart yang serba indah dikelilingi bukit, gunung dan laut.
5. Bermalam di Hobart.
Hari 9
1. Ronda Hobart City, tetapi disarankan menaiki Public transport sahaja kerana Campervan kurang sesuai dipandu dalam kawasan bandar.
2. Tarikan: Salamanca Market, Hobart City.
3. Ada beberapa kedai halal di sini contohnya India Cuisine yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.
4. Terbang kembali ke Sydney.
Nota
1. Cenderahati boleh dibeli di Hobart dan Launceston City.
2. Flight boleh turun sama ada di Hobart atau Launceston dan kebanyakkan penerbangan mudah didapati dari Sydney atau Melbourne melalui Jetstar Airlnes.
3. Ayam halal yang terdapat di sini berjenama Steggles. Kesemuanya halal.
4. Microwave, soket dan heater memerlukan power source untuk digunakan. Manakala dapur, air paip boleh digunakan tanpa power source.
5. Air paip perlu diisi semula apabila hampir habis dan air bekas basuhan boleh dibuang di Campsite. Campsite menyediakan kesemua keperluan untuk anda.
6. Liputan talian telefon di Tasmania amat terhad untuk Vodafone dan Optus, hanya terdapat di Hobart dan Launceston sahaja. Liputan talian Telstra lebih baik di seluruh Tasmania.
7. Tidak disarankan menggunakan tandas dalam campervan untuk keselesaan bersama.
9. Apabila sewa kenderaan di Australia, pastikan beli insurans yang full covered
10. Biasakan dengan pemanduan yang berhati-hati kerana Tasmania dipenuhi haiwan liar dan jalan yang begitu berbukit dan berliku. Elakkan pemanduan malam kerana suasana yang amat gelap.
11. Diwajibkan membeli National Park Pass yang berharga 70$ untuk kesemua National Park bagi satu kenderaan. Elakkan disaman Ranger di Tasmania. Free Shuttle di Cradle Mountain untuk kenderaan yang membeli pass ini.
12. Ada beberapa tarikan tambahan yang boleh anda lawati seperti Cadbury World, Wall of Jarusalem National Park, Stratgordon, The Nut Stanley dan Burnie.
Nak kena try pergi ni.