Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Peraturan -peraturan ini dinamakan Peraturan-peraturan Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-l didalam kawasan temptan jangkitan)
.
PERINCIAN

Mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan dibawah perintah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Mana-mana premis yang menyediakan perkhidmatan perlu boleh membuka dengan syarat bahawa bilangan kakitangan & pengunjung di tahap minimum.

Mana-mana premis yang tidak menyediakan perkhidmatan perlu boleh dibuka dengan syarat bahawa pemilik/penghuni premis mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Polis terlebih dahulu & boleh dikenakan syarat yang difikirkan patut.

Mana-mana premis yang terlibat dalam rantai pembekalan makanan atau dalam perjualan makanan & minuman secara pandu lalu ,bawa pulang & penghantaran boleh dibuka tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Ketua Polis .
KAWALAN PERGERAKAN & PERHIMPUNAN

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam mana-mana kawasan temaptan jangkitan kecuali
*bagi melaksanakan apa-apa tugas rasmi
*Untuk bergerak ke atau dari mana-mana premis yang di sebut dalam peraturan 5.
*untuk membeli ,membekalkan atau menghantar makanan atau keperluan harian
*untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan
*Apa-apa maksud khas lain yang dibenarkan oleh ketua polis.

Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan didalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan ,sukan ,rekreasi ,sosial atau kebudayaan.

Bagaimanapun perhimpunan bagi upacara pengkebumian boleh dilakukan dengan syarat bilangan kehadiran dibawah tahao minimum.

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan ke kawasan tempatan jangkitan kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai polis yang menjaga kawasan tersebut.

Senarai Perkhidmatan Perlu.

*Perbankan & Kewangan
*Elektrik & Tenaga
*Bomba
*Pos
*Penjara
*Jagaan kesihatan & Perubatan
*Pengurusan sisa pepejal & pembersihan awam
*Pembentungan
*Komunikasi Radio termasuk penyiaran TV
*Telekomunikasi
*Pengangkutan melalui darat,air/udara
*Air
*E-dagang
*Pertahanan & Keselamatan
*Pembekalan Makanan
*Hidupan Liar
*Imigresen
*Kastam
*Hotel & Penginapan
*Pengeluaran ,Penyulingan ,Penyimpanan ,Pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
*PErkhidmatan & Perusahaan pelabuhan ,limbungan dan lapangan terbang termasuk pemunggahan ,pengangkutan ,pengendalian kargo,pemaliman & penyimpanan/pemukalan komoditi
*Apa-apa perkhidmatan /kerja yang ditentukan oleh menteri sebagai perlu /kritikal kepada kesihatan awam.

KESALAHAN

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini melakukan suatu kesalahan& hendaklah,apabila disabitkan,didenda tidak melebihi RM1000 atau penajara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Jika kesalahan dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahanitu ialah seorang pengarah,pengurus ,setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain pertubuhan perbadanan atau yang berupaya bertindak dalam apa-apa kapasiti atau mengikut apa=apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwalpertubuhan perbadanan itu atau telah membantu dalam pengurusan.

Boleh di pertuduh secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan itu.
Jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ,dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan dia membuktikan.
*bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan,persetujuan
*Bahwa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga munasabah dan telah melakukan usaha yang sewajarnya.

AMBIL TAHU ,AMBIL KISAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Halaman Utama

#hellodoktormy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *