Suhu Badan 37.3 Celsius Perlu saringan covid19 ?

Jika suhu badan 37.3 celsius, badan lenguh-lenguh ,mata sakit ,sakit perut dengan tiba-tiba dan diarrhea.
perlu ke lakukan saringan Covid19?

Kebimbangan berkaitan covid19 adalah kerisauan semua individu ,jadi kita perlu mengenali simptom dan risiko jangkitan covid19.

Cirit birit merupakan gejala yang amat jarang dan belum dipastikan untuk berlaku jangkitan Covid19.maka keperluan saringan ujian covid19 adalah berdasarkan risiko aktiviti sebelum berlakunya anda mengalami simptom-simptom berkaitan seperti ,pulang dari luar negara ,melancong ,bertemu dengan individu yang disahkan positif covid19 ,bersentuhan di tempat awam atau pulangan dari sesuatu perhimpunan (kenduri ,keramaian).

Cirit-birit yang berlarutan akan menyebabkan pening kepala dan boleh disebabkan oelh pelbagai masalah kesihatan yang lain antaranya ,keracunan makanan ,gastrik ,irritable bowel syndrome ataupun inflammatiry bowel syndrome.

KERACUNAN MAKANAN pengambilan makanan atau minum yang tercemar ,
*makanan yang ditinggalka pada suhu bilik dalam tempoh yang lama
*makanan tidak di masak dengan sempurna
*makanan tidak disimpan dengan baik (makanan mentah disimpan bersama makan yang telah dimasak)
*makanan tidak dinyahbeku dengan sempurna
*makanan disediakan oleh individu yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh tersebar melalui makanan

Gastrik gejala ketidak selesaan perut
*rasa senak ,berangin atau pedih
*rasa kembung
*sendawa berulang kali
*kerap kentut selepas makan
*rasa mual ,loya dan muntah
*hilang selera makan
*Najis hitam dan muntah berdarah(kronik)

irritable bowel syndrome adalah berkaitan gangguan usus besar.Keradangan pada saluran pencernaan
*kembung
*hilang berat badan
*rasa lelah
*rasa mual
*rasa demam
*diare
*sembelit
*rasa sakir perut

Pening dan kering pada bahagiam mulut adalah disebabkan badan yang kurang air berpunca dari cirit-birit yang berlebihan.Amalkan meminum air yang mencukupi bagi mendapat keseimbangan air didalam badan

dapatkan rawatan yang lebih lanjut dengan pakar atau dapatkan senarai tempat rawatan terdekat di hellodoktor.my

Sedikit Batuk ,Hidung Berair Tetapi Tidak demam

Mengalami batuk ,hidung berair serta sakit tekak tetapi tidak demam.

Ada mengalami batuk-batuk ?tidak selesa disebabkan kahak dan sakit tekak ,perlu ke buat saringan coronavirus (covid19)

Kenali simptom-simptom lazim sebelum melakukan pemeriksaan coronavirus antaranya

*demam (lebih daripada 37.5 degree celcius)
*terasa keletihan tanpa sebab
*batuk berulang-ulang
*kering tekak dan sakit tekak
*sakit kepala
*kesukaran bernafas menghembus atau menarik

Keperluan saringan adalah berdasarkan risiko aktiviti sebelum ini seperti ,bertemu dengan pesakit positif coronavirus ,melancong ke negara-negara yang mengalami wabak coronavirus ataupun ada mengadakan perjumpaan beramai-ramai dan ada yang telah di sahkan positif maka ,anda di nasihatkan untuk terus ke KKM untuk membuat pemeriksaan lanjut bagi mengawal penularan wabak coronavirus atau pun covi19 ini.

Jangan biarkan ianya menjangkiti keluarga anda ,cegah ,bertanggungjawab .cegah penularan wabak dengan

*perbanyakkan mencuci tangan menggunakan air dan sabun paling tidak 20 saat terutama selepas menyentuh di kawasan awam

*Hindari menyentuh wajah sebelum mencuci tangan

*Jauhi mendekati pesakit positif atau yang kurang sihat

*Berkurung jika menunjukkan tanda kurang sihat

*tutup mulut semasa bersin atau batuk

Cegah penyakit ini kerana sehingga ke hari ini ,tiada satu vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak coronavirus /covid19 ini.

Badan Rasa Panas Tapi Tak Demam

Badan Rasa Panas tapi tidak demam ,mual dan pening sepanjang masa.

Berasa mual sepanjang masa,pening dan badan terasa panas ,tapi suhu di bawah paras demam.Simptom lebih terasa bila terbaring dan setiap kali baru bangun dari tidur.Jadi kenapa yea?
.
Ada beberapa sebab terjadinya mual dan pening ini antaranya

Otot lower gastroesophageal spinchter longgar.

Berfungsi sebagai pintu yang menutup dan membuka semasa makanan dan minum sedang turun ke dalam perut . Makanan yang telah masuk akan di halang oleh pintu ini suoaya tidak keluar kembali ke kerongkong.Tetapi jika pintu ini longgar maka makanan yang sedang turun akan melepaskan sisa ke atas dan menyebabkan mual ,pening dan pening ulu hati.

Masalah gastroesophageal reflux disease

Keadaan dimana asid didalam perut mengalami refluks iaitu naik semula ke dalam saluran esofagus. Jus gastrik akan di lepaskan bagi mencerna makanan di dalam perut .Jus gastrik mempunyai asid hidroklorik yang bertindak mmebunuh kuman di dalam perut.Jika asid ini di tendang naik semula ke esofagus akan menyebabkan pedih ulu hati ,sesak nafas ,mual dan pening.Asid refluks yang teruk sehingga ke tekak akan menyebabkan rasa masam terutama semasa bangun dari tidur.

Dapatkan rujukkan doktor segera sebelum menjadi lebih parah .klinik dan pakar terdekat di hellodoktormy

TANTRUM Dikalangan Kanak-Kanak

NORMAL TETAPI MENCABAR

Boleh berlaku dalam bentuk kemarahan ,kekecewaan ,menangis ,menendang ,memecahkan barang serta berkelakuan ganas serta menahan nafas .

Lingkungan umur 2 tahun lebih atau kurang ,kanak-kanak ini akan menguji kesabaran ibubapa,penjaga mereka dengan sifat yang ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Sedangkan pada masa ini ibu bapa atau penjaga akan menghadkan pergerakkan untuk keselamatannya.

Jika ini terjadi mereka akan berasa kecewa dan mula menunjukkan kekecewaan mereka dengan menangis ,memukul dan menjerit.Kanak-kanak akan berhenti bila mendapat atau pemintaan mereka di penuhi.Pengaruh ibubapa ,nenek dan datuk menyumbang kepada kekerapan Tantrum kanak-kanak ini.

Tantrum dikalangan kanak-kanak akan lebih cenderung berlaku bila ibu bapa ,nenek dan datuk selalu memberi ataupun,mengikuti apa saja kemahuan kanak-kanak ini.

Adakala ibu bapa mengambil mudah dengan menuruti permintaan anak-anak kerana sifat malas melayan kerenah kanak-kanak ini. hentikan tabiat ini

Ini akan menyebabkan anak merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara lazim dan efektif untuk menyampaikan serta mendapatkan kemahuannya.

Kanak-kanak ini tidak akan sedar bahawasanya memberontak itu adalah sesuatu yang salah ,malah akan menjadi kebiasaan melakukan dimana-mana dan bila-bila masa bila mereka perlukan sesuatu.

Malah menuruti kemahuan anak semasa tantrum akan menggalakkan berlakunya berulang kali dan akan menjadikan sebahagian keperibadian kanak-kanak tersebut.

Dalam keadaan begini anak tidak akan mendengar apa yang di nasihatkan oleh ibubapa.Jadi sebagai ibubapa haruslah bertenang dan kekal bertenang serta berfikiran rasional.Tak usah marah ,memaki ataupun menggunakan kekerasan fizikal kerana ini akan menjadi contoh kepada kanak-kanak tersebut.

PERKARA TERBAIK UNTUK MENGATASI TANTRUM KANAK-KANAK INI.

Pastikan kanak-kanak ini berada di kawasan yang selamat ,tiada objek berbahaya sebelum melakukan ibubapa mengambil langkah tidak mengendahkannya sesama terjadinya tantrum ini.

Jangan beri perhatian ,jangan pandang ,jangan pujuk ,jangan bercakap ,boleh membantu menberikan mesej yang perbuatanya tidak akan dilayan.

Tinggalkan anak atau kanak-kanak di kawasan/bilik di mana dia sedang tantrum
.Pastikan kawasan yang ditinggalkan selamat. terus lakukan akviti yang anda sedang lakukan. dan intai-intai tanpa pengetahuan kanak-kanak tersebut bagi menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut.

Jika berada di tempat awam ,bertindak dengan bijak ,bawak anak tersebut ke lorong belakang ,kedai-kedai atau ke kereta dan biarkan mereka sambil di perhatikan dari jarak yang selamat.

Selalunya kanak-kanak ini akan berhenti dan tersedar dalam masa 10-15 minit kerana kepenatan.

Perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa dijika perkara ini berlaku , abaikan cakap orang sekeliling yang akan mengkritik,mengecam perbuatan mengabaikan perilaku anak-anak ini .Tapi ketahuilah apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan anak-anak ini dimasa hadapan.

LANGKAH SETELAH ANAK BERTENANG

Ketika emosinya stabil dan bertenang serta waras bolehlah ,ibubapa menunjukkan simpati ,kasih sayang ,peluk dan yakinkan bahawasanya apa yang dilakukan itu salah.Berilah penerangan secara terperinci kenapa ,mengapa ,bagaimana serta ajar cara yang betul dan baik yang sepatutnya.

Tantrum adalah peranan dari kedua-dua pihak Anak dan ibubapa serta ahli keluarga .
.
dapatkan nasihat pakar jika mengalami masih ini ataupun kesihatan

Halaman Utama

#hellodoktormy

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Peraturan -peraturan ini dinamakan Peraturan-peraturan Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-l didalam kawasan temptan jangkitan)
.
PERINCIAN

Mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan dibawah perintah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

Mana-mana premis yang menyediakan perkhidmatan perlu boleh membuka dengan syarat bahawa bilangan kakitangan & pengunjung di tahap minimum.

Mana-mana premis yang tidak menyediakan perkhidmatan perlu boleh dibuka dengan syarat bahawa pemilik/penghuni premis mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Polis terlebih dahulu & boleh dikenakan syarat yang difikirkan patut.

Mana-mana premis yang terlibat dalam rantai pembekalan makanan atau dalam perjualan makanan & minuman secara pandu lalu ,bawa pulang & penghantaran boleh dibuka tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Ketua Polis .
KAWALAN PERGERAKAN & PERHIMPUNAN

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam mana-mana kawasan temaptan jangkitan kecuali
*bagi melaksanakan apa-apa tugas rasmi
*Untuk bergerak ke atau dari mana-mana premis yang di sebut dalam peraturan 5.
*untuk membeli ,membekalkan atau menghantar makanan atau keperluan harian
*untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan
*Apa-apa maksud khas lain yang dibenarkan oleh ketua polis.

Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan didalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan ,sukan ,rekreasi ,sosial atau kebudayaan.

Bagaimanapun perhimpunan bagi upacara pengkebumian boleh dilakukan dengan syarat bilangan kehadiran dibawah tahao minimum.

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan ke kawasan tempatan jangkitan kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai polis yang menjaga kawasan tersebut.

Senarai Perkhidmatan Perlu.

*Perbankan & Kewangan
*Elektrik & Tenaga
*Bomba
*Pos
*Penjara
*Jagaan kesihatan & Perubatan
*Pengurusan sisa pepejal & pembersihan awam
*Pembentungan
*Komunikasi Radio termasuk penyiaran TV
*Telekomunikasi
*Pengangkutan melalui darat,air/udara
*Air
*E-dagang
*Pertahanan & Keselamatan
*Pembekalan Makanan
*Hidupan Liar
*Imigresen
*Kastam
*Hotel & Penginapan
*Pengeluaran ,Penyulingan ,Penyimpanan ,Pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
*PErkhidmatan & Perusahaan pelabuhan ,limbungan dan lapangan terbang termasuk pemunggahan ,pengangkutan ,pengendalian kargo,pemaliman & penyimpanan/pemukalan komoditi
*Apa-apa perkhidmatan /kerja yang ditentukan oleh menteri sebagai perlu /kritikal kepada kesihatan awam.

KESALAHAN

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini melakukan suatu kesalahan& hendaklah,apabila disabitkan,didenda tidak melebihi RM1000 atau penajara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Jika kesalahan dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahanitu ialah seorang pengarah,pengurus ,setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain pertubuhan perbadanan atau yang berupaya bertindak dalam apa-apa kapasiti atau mengikut apa=apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwalpertubuhan perbadanan itu atau telah membantu dalam pengurusan.

Boleh di pertuduh secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan itu.
Jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ,dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan dia membuktikan.
*bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan,persetujuan
*Bahwa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga munasabah dan telah melakukan usaha yang sewajarnya.

AMBIL TAHU ,AMBIL KISAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Halaman Utama

#hellodoktormy

FAKTA SERANGAN PANIK

Beberapa Fakta serangan panik

Banyak yang mengalami panik attack tetapi ramai yang kurang tahu mengenai tanda dan kesannya.Serangan panik selalunya berlaku kepada orang dewasa. Malah ada juga dilaporkan berlaku kepada golongan remaja dan kanak-kanak.

Berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab atau penyebab terlalu “trivial”.Mengalami sekurang-kurangnya 4 dari 12 simptom serangan panik.

-Pening kepala
-Mata berpinar
-Nafas tidak lancar
-Berdebar/rasa tercekik
-Sesak nafas
-Seram sejuk menggeletar
-Rasa kurang tenteram
-Tekanan di dada

Simptom serangan selalunya sukar di kesan dan dipandang remeh oleh pesakit ataupun orang sekeliling.Hakikatnya serangan panik ini harus di beri perhatian semasa di peringkat awal bagi mengawal gangguan kehidupan normal pesakit dan mencegah sebelum menjadi parah.

Pada peringkat awal pesakit yang mengalami gangguan akan berasa menggeletar ,sesak nafas dan berdebar yang kencang tanpa sebarang sebab. Kebiasaan simptom ini akan berlaku dalam beberapa minit pada peringkat awal dan akan berlaku lebih lama tanpa di duga serta tanpa amaran.

Serangan akan diikuti dengan dengan kerisauan melampau atau pun berpanjangan
Simptom panik boleh menyerupai penyakit lain seperti masalah ritma jantung/masalah tiriod
Serangan yang kritikal boleh menyebabkan hilang kepentingan dalam sosial ,pekerjaan dan personaliti

Antara tanda -tanda serangan panik (panic attack)

-Jantung berdebar
-Rasa tercekik
-berpeluh
-Berasa Loya
-Berasa seperti di awangan
-Tangan menggeletar
-Sesak nafas
-Kebas tangan
-Ketakutan yang melampau
-Takut hilang kawanlan

Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan ,relkaksasi otot progresif ,beribadah ,dan meditasi bagi langkah awal rawatan.

Serangan panik ini juga dikaitkan dengan kecelaruan panik serta penyakit lain .Maka amatlah penting jika mempunyai tanda-tanda awal atau gejala mendapatkan rawatan segera https://hellodoktor.my/ bagi membantu mengenal pasti sejarah dan latar belakang perubatan pesakit.

dapatkan rawatan di https://hellodoktor.my/ segera sebelum parah.

#hellodoktormy

If you think isn’t a big deal for Coronavirus (covid19)

If you still hanging with friend,going to restaurants ,shopping mall and act like nothing big deal with coronavirus (covid19) mean you have no idea what’s coming.
.
Their know what us thinking because them were in our place before.
.
For the first cases begin ,everybody think ,nothing to worry just a bad flu!i,m not 75y/o, so everybody don’t overreacting and i,m /we safe.Just life as usual and no need to freak out.
.
Once declare Red zone cause of number of cases there are some deaths but only old people .So we lead their life as usual.Still doing the same activities as before and meeting friend.
.
Once the number of cases is rapidly going up ,almost double for one day and there more deaths ,that time everybody will be under red zones and quarantine.
.
Quarantine time many people still don’t realize the seriousness of situation coronavirus (covid19).Everywhere you turn people advise to wash your hands and limit going out,large groups are forbidden ,every 5 minute tv will remaid you of these rules.But maybe still hasn’t settled in people mind.
.
The number of cases is heavily increasing ,school ,university ,office are closed for at least a month and will called national healthy emergency.
.
That time Hospitals aren’t enough space ,doctor and nurses ,so calling retired ones and thise their last 2 years of university and no more shifts just work as much as can.
.
Surely doctors and nurse are getting infected ,spreading it to their families.than cases pneumonia will increase and many patient need ICU and will be issue about space and places.

So we need to be prepare and don’t drag our place to this crisis.We need to precaution ,Everybody must know ,learning how dangeorus this coronavirus(covid19). Everybody must educated people around you how to prevent this coronavirus (covid19).
.
Please take precaution and delay spreading of coronavirus (covid19) as much as possible
.
.
It not about one person responsibility BUT Everybody responsibility.
.
Looking clinic,pharmacy visit us www.hellodoktor.my
Listing your clinic ,pharmacy www.hellodoktor.my

COVID 19 ALERT PANDEMIC

Penyebaran wabak kerap kali berlaku di seluruh dunia .Wabak-wabak seperti selsema babi ,selsema burung ,ebola dan terbaru adalah covid19.
.
Wabak terbaru Coronavirus yang menyerang setiap negara sekarang adalah wabak yang diketagorikan daripada kumpulan pandemik yang diumumkan oleh WHO.Istilah pandemik atau panmedic merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skala besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti sahaja.Terjadinya pandemik disebabkan wabak dari kumpulan epidemik yang merebak secara meluas dan gagal dikawal.Pandemik pulak adalah wabak yang merebak secara pantas dan gagal di kawal.
Oleh kerana merebak dalam skop yang besar dan luas wabak pandemik (covid19) merupakan ancaman berisiko bagi seluruh dunia.
.
Coronavirus adalah strain yang baru ditemui dan tidak pernah dikenal pasti sebelum ini.Daripada hasil pemerhatian dan maklumat terkini Covid-19 berjangkit melalui individu ke individu lain melalui titisan pernafasan atau sentuhan.

Antara gejala awal dan perlu diambil perhatian demam ,batuk ,sukar bernafas .Jika ada mengalami tanda berikut sila buat pemeriksaan segera atau bertanggungjawap untuk mengasingkan diri dari bergaul ,berjumpa dan terdedah kepada public.Ini perlu bagi mengelakkan penyebaran wabak covid-19 kepada kawasan yang lebih luas dan sukar dikawal.

Sekiranya anda mempunyai selsema dan batuk berkahak semasa musim sejuk ,ianya tidak di ketagorikan Coronavirus,kerana covid-19 atau coronavirus adalah batuk kering tanpa selsema.

Kegagalan mengurungkan diri kepada individu yang positif covid-19 menyebabkan penularan covid-19 bertambah.
Setiap individu perlu memainkan peranan dalam membendung gejala covid-19 ini.

Golongan yang berisiko tinggi untuk jangkitan terdiri dari golongan warga tua ,kanak-kanak,wanita mengandung ,yang mempunyai masalah penyakit kronik dan yang lemah antibadan.

sehingga ke hari ini 13 march 2020 tiada sebarang vaksin untuk mencegah mahupun merawat covid-19 buat masa kini.

Langkah Pencegahan

-Minum air panas yang banyak bagi mengekalkan haba dalam badan
-Kerap cuci tangan menggunakan air dan bahan pencuci (hand sanitizer)
-Sentiasa bawa penutup mulut dan hidung (mask) serta pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan.
-Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul dengan individu yang mempunyai gejala.
-Elakkan melawat ke ladang haiwan ,pasar ,tempat sembelihan .
-Elakkan memakan produk haiwan dalam keadaan mentah
-Corona Virus tidak berjangkit di udara
-Elakkan makanan yang sejuk (Virus covid19 aktif pada suhu yang sejuk)
-Virus mampu bertahan di tangan selama 10 minit.Amalkan penggunaan hand sanitizer
-Berkumur dengan air suam +garam untuk membunuh tonsils dan menghalang kemasukan pada paru-paru
-amalkan memakan halia ,lada, bawang .Makan makanan yang kurang manis,masam dan masih
-Elakkan berada di tempat sejuk.

dapatkan lebih banyak maklumat ,klinik ,hospital dan farmasi terdekat di www.hellodoktor.my