KEGAGALAN BUAH PINGGANG

KESAN TERHADAP KEHIDUPAN SOSIAL PESAKIT BUAH PINGGANG

Kebanyakkan orang tidak mengalami simptom yang teruk sehingga mengalami kerosakan buah pinggang yang teruk .tetapi tanda-tanda awal dapat diperhatikan sekiranya mengalami situasi seperti

keletihan dan tidak bertenaga , mudah hilang fokus  ,hilang selera makan ,mengalami masalah tidur ,mengalami kekejangan otot pada waktu malam , mengalami bengkak pada kaki dan sendi  ,mengalami bengkak di sekeliling majta terutama pada waktu pagi ,mempunyai kulit yang kering dan gatal ,membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.

KESAN TERHADAP PESAKIT BUAH PINGGANG

Pesakit didapati mempunyai kualiti hidup yang rendah dan kurang memuaskan . Perubahan ketara dapat dilihat daripada segi emosi apabila pesakit disahkan mengidap penyakit kronik .Perubahan ini bukan hanya terjadi terhadap pesakit buah pinggang malah ianya turut berlaku kepada semua pesakit kronik lain.

Pesakit akan dilihat mengalami perubahan ketara dari segi fizikal .Penurunan berat badan yang mendadak disebabkan kkekurangan selera makan dan kawalan dalam pengambilan air oleh pesakit . Punca kawalan pengambilan air akan menyebabkan kulit pesakit menjadi kering ,berwarna kehitaman dan gatal-gatal.

ANTARA PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG

Pesakit kencing manis ,pesakit tekanan darah tinggi ,mempunyai sejarah keluarga pengidap masalah buah pinggang , tua sebelum usia.

Kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga di kenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal .Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. Ketidakupayaan  ,kebergantungan terhadap orang lain dan stigma masayrakat,perubahan cara hidup ,kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan.Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian ,psikologi ,sosial dan keluarga dan seterusnya akan menpengaruhi fizikal ,emosi dan pemikiran pesakit.

www.hellodoktor.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *