PEMAKAIAN “face mask” atau topeng muka

Penggunaan “face mask” atau topeng muka bagi mengurangkan penularan jangkitan wabak terutamanya di tempat awam amatlah disarankan oleh badan kesihatan seluruh dunia.Penggunaan dan pemakaian mesti dengan cara yang betul bagi memaksimumkan jaminan keberkesanan pemakai “face mask” atau topeng muka.

antara perkara perlu diketahui sebelum memakai face mask atau topeng muka.

Bahagian yang berwarna pada face mask atau topeng muka seperti biru atau kehijaun perlu di letak kan di bahagian luar kerana ianya dihasilkan dari material yang kalis air. (BERWARNA UNTUK LUARAN)

Manakala yang putih pada face mask atau topeng muka di pakai di bahagian dalam kerana ianya di hasilkan untuk menyerap cecair apabila ,anda batuk atau bersin (PUTIH UNTUK DALAMAN)

Pastikan tetulang yang berada pada face mask atau topeng muka dipakai diatas hidung ,pastikan “strip” menutup bahagian hidung bagi mengelakkan tersedut atau menyedut udara yang tidak sihat dan menggelakkan penggunaan face mask dengan cara yang salah (PASTIKAN MENUTUP HIDUNG)

Untuk bahagian bawah ,tarikkan sehingga menutup dagu bagi mengelakkan face mask atau topeng muka terbuka semasa penggunaan.

Face mask atau topeng muka yang telah dipakai hendaklah dibuang bagi menghindarkan kekotoran yang terlekat ada face mask terbawah ke dalam kereta ataupun rumah.

JANGAN sentuh bahagian depan topeng muka atau “face mask” ini semasa melakukan pembuangan.Buang di tempat yang sepatutnya kerana pembuangan merata-rata boleh face mask ini di takungi air .

JANGAN LUPA cuci tangan selepas memang face mask yang hendak dibuang.

Ringkasan Berkaitan FACE MASK ATAU TOPENG MUKA

*Bahagian BerWARNA DILUAR
*TOPENG MESTI MENUTUP HIDUNG & MULUT
*TEKAN BAHAGIAN BERDAWAI DI HIDUNG
*IKAT ATAU SANGKUT DENGAB KEMAS
* MENUTUPI SEBAHAGIAN DAGU.

layari www.hellodoktor.my untuk maklumat kesihatan ,klinik ,farmasi terdekat serta aktiviti sihat sekitar anda . Boleh berborak dengan semua rakan seluruh dunia di “ARARE”. join hellodoktormy sekarang PERCUMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *