KENALI PENYAKIT BUASIR

PUNCA TERJADI BUASIR

Buasir ialah urat yang membengkak dan meradang di rektum atau dubur .Gejala khas adalah gatal-gatal dan pendarahan disekitar kawasan dubur.

Punca sebenar buasir tidak jelas tetapi ia berkaitan dengan peningkatan tekanan pada saluran darah di dalam dan sekitar dubur.Tekanan ini boleh menyebabkan saluran darah di bahagian belakang menjadi bengkak dan meradang.

Banyak kes dianggap disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di tandas kerana sembelit yang berpanjangan ,ianya terjadi disebabkan oleh kekurangan serat dalam diet harian.Cirit birit yang berpanjangan juga boleh menjadi penyebab dan mudah terkena buasir.

Selain itu faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko dihidapi buasir

Berat badan yang tidak idea atau berlebihan dan faktor usia ,kerana bertambahnya usia sokongan tisu badan menjadi semakin lemah serta wanita hamil disebabkan tekanan pada saluran darah pelvis.

dapatkan maklumat rawatan di www.hellodoktor.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *